SAJIAN PUISI ARISEL BA
Thursday, January 08, 2004
 
SUMPAH MENJADI BATU
Sajen Arisel Ba

Petang itu tiga bocah bermain sembunyi
Dua darinya menyorok dan seorang lagi mencari
Dua bocah menyorok di belakang bilik air
Secara tak sengaja dua bocah ternampak
Perempuan sedang mandi telanjang

Beberapa minit kemudian
Salah seorang bocah menjerit histeria
Dan lari lintang pukang amat ketakutan

Setelah jauh dari bilik air itu
Kawannya bertanya "Mengapa engkau lari??
"Uuuhh..mak aku pernah cerita kat aku
Jika aku intai perempuan sedang mandi
nanti aku kena sumpah menjadi batu.
Masa kita ternampak perempuan tu tadi
aku rasa ada sesuatu mengeras,
Itu sebab aku lari lintang-pukang!..,"jawabnya.

8 Januari 2003
Kuantan, Pahang


Wednesday, January 07, 2004
 
TU SYAYA DAH TRY, SYEDAP!….
Sajen Arisel Ba


Seorang pemancing tiba di sebuah kampung di tengah belantara
Ramai Orang Asli tinggal di kampung itu, semua ceria belaka
Kampung itu diketuai seorang Tok Batin namanya SGALA

Semasa pemacing berehat, dia berbual dengan Tok Sgala
Mereka sembang menegenai makanan paling sedap selera
Dari makanan kampung hingga jenis makanan seluruh dunia

Tok Sgala tak mahu mengaku kalah, semua makanan
Dikisahkan oleh pemancing telah dimakan,
Tok Sgala dah try, lalu katanya, “syedap…”, setiap makanan

Mula-mula cerita pasal KFC,
Jawab Tok Sgala, "Tu syaya dah try, syedap....."

Lepas tu cerita pasal Pizza Hut,
Jawab Tok Sgala, "Tu syaya dah try, syedap....."

Lepas tu cerita pasal Ramly Burger,
Jawab Tok Sgala, "Tu pun syaya dah try, syedap....."

Si pemacing mula merasakan Tok Batin mainkan dia
Lalu dia nak mengenakan Tok Batin tu pulak.

Tanya pemancing, "Tok Sgala pernah makan kari kepala ikan gahap ?".
Jawab To Sgala, "Tu pun syaya dah try, syedap....."

Bertanya lagi pemacing, "Tok Sgala pernah makan kepala keretapi ?".
Jawab Tok Sgala, "Tu pun syaya dah try, syedap....."

“ Bagaimana dengan burung besi, Tok Sgala dah makan benda tu, “
Tanya Pemancing sambil senyum sinis dan ragu

Dengan kasar Tok Sgala menjawab,
“ Awak kalau nak kawan jangan tanya dua kali
itu kan burung besi selalu turun kat sini
untuk ambil anak buah sakit bawa ke hospital,
… mana boleh di makan!!!….“


4 Januari 2003
Desa Ajai, Dong,
Raub, Pahang

 
AZAM 2004
: Retrospeksi Diri
Puisi Arisel Ba

selangit kanvas terjun ke kolam mata
siap sedia aku dengan berus dan cat pancawarna
semasa isteriku menyediakan pisang goreng sarapan pagi hari
setia aku menghitung detik jam sebelum aku mula melukis siapa diri?

1 Januari 2004
Desa Ajai, Dong,
Raub, Pahang


Powered by Blogger