SAJIAN PUISI ARISEL BA
Saturday, December 27, 2003
 
GEJALA ORANG KL ( 3 )
Sajen Arisel Ba

Peguam itu memberhentikan Mercy siri S barunya
Betul-betul di depan pejabat guamannya
Tatkala peguam lelaki itu membuka pintu keretanya
Tiba-tiba sebuah lori melintas, melanggar keras,
Lalu menerbangkan pintu kereta Mercy dan
Menghentam bahagian depan Mercy, berdentung…

Orang ramai segera datang berkerumun dan
Mereka melihat peguam itu menjerit-jerit dan
Menangis bagai terkena histeria sambil menunjuk
Mercy-nya yang sudah kemek dan lampu pecah.

Seorang dari mereka berkata, "Saya tidak sangka
Sikap matrelialistik dan mata duitan kamu amat keterlaluan
Kamu hanya pentingkan harta dan tidak pentingkan benda lain"

"Kenapa engkau berkata demikian?", tanya si peguam itu

"Tidakkah kamu tahu,
lengan kiri kamu telah terputus
akibat dilanggar oleh lori itu tadi?"

"Ya Tuhan!!", jerit si penguam lelaki itu
lalu bertambah kuat dia melolong,
"Di mana jam tangan Rolex aku?!!"

28 Disember 2003
Kuantan, Pahang

 
MENJELANG TAHUN 2004
: Selamah
Puisi arisel ba

Mohon kemaafan total, hi Selamah
Hingga kini aku masih menulis puisi dan berkisah
Peta kembara adunan mimpi, halusinasi dan realiti
Masih dalam genggaman dan tiada petanda noktah
Biarpun monitor, CPU dan papan kekunci lusuh
Kembara usia kian senja, tapi nafas puisi
Tidak kenal di mana lokasi singgah
Terfikir sesekali ingin aku beristirehat, hi Selamah
Kerana usapan lembut jemarimu pada rambutku,
Bagai embun meramahkan dahaga batinku

Prihatin dan mohon simpati, hi Selamah
Pusingan roda waktu akan menghantarkan
Jasadku pulang untuk menyempurnakan berahimu
Tungguuuuuuu!!!!……..

20 Disember 2003
Kuantan, Pahang











 
SAJAK AKHIR DISEMBER 2003
Puisi Arisel Ba

Tatkala senja Rabu di ufuk tergelincir
Pasti aku menganyam makna takdir
Dongeng tentang Sang Naga menghilir
Sungai Pahang yang sering banjir
Rabu yang mengeliat arus air
Hujan masih mengeja makna air bah
Waktu yang cemburu dan gundah
Sang Naga tak juga tiba di muara, terpiuh

Wahai Sang Naga, apakah aku perlu mendekap makna
Gemercing sisik emasmu bila bertembung tafsir
Terhadap sampah dan bala dari gunung cinta
Aku belum berhenti menuliskan warna fikir
Memetik kecapi mimpi untuk beristirehat
Wahai Sang Naga, mampukah kau menafsir hakikat
Mengapa aku selalu menulis tidak sempurna
Apakah kerana aku gagal menangkap makna suara

21 Disember 2003
Sanggar Cempaka,
Kuantan, Pahang

















 
SAJAK AKHIR DISEMBER 2003
Puisi Arisel Ba

Tatkala senja Rabu di ufuk tergelincir
Pasti aku menganyam makna takdir
Dongeng tentang Sang Naga menghilir
Sungai Pahang yang sering banjir
Rabu yang mengeliat arus air
Hujan masih mengeja makna air bah
Waktu yang cemburu dan gundah
Sang Naga tak juga tiba di muara, terpiuh

Wahai Sang Naga, apakah aku perlu mendekap makna
Gemercing sisik emasmu bila bertembung tafsir
Terhadap sampah dan bala dari gunung cinta
Aku belum berhenti menuliskan warna fikir
Memetik kecapi mimpi untuk beristirehat
Wahai Sang Naga, mampukah kau menafsir hakikat
Mengapa aku selalu menulis tidak sempurna
Apakah kerana aku gagal menangkap makna suara

21 Disember 2003
Sanggar Cempaka,
Kuantan, Pahang

















 
MENJELANG TAHUN 2004
: Selamah
Puisi arisel ba

Mohon kemaafan total, hi Selamah
Hingga kini aku masih menulis puisi dan berkisah
Peta kembara adunan mimpi, halusinasi dan realiti
Masih dalam genggaman dan tiada petanda noktah
Biarpun monitor, CPU dan papan kekunci lusuh
Kembara usia kian senja, tapi nafas puisi
Tidak kenal di mana lokasi singgah
Terfikir sesekali ingin aku beristirehat, hi Selamah
Kerana usapan lembut jemarimu pada rambutku,
Bagai embun meramahkan dahaga batinku

Prihatin dan mohon simpati, hi Selamah
Pusingan roda waktu akan menghantarkan
Jasadku pulang untuk menyempurnakan berahimu
Tungguuuuuuu!!!!……..

20 Disember 2003
Kuantan, Pahang











 
GEJALA ORANG KL ( 2 )
Sajen Arisel Ba

Malam itu Dato Sri makan malam di restoran penuh romantik
Bagi menyambut ultah perkahwinan mereka ke 40 tahun.
Dato Sri mantan ahli politik yang pragmatik
Memulakan kisah nostalgia mereka suami isteri
Telah sekian lama hidup bersama bertahun-tahun
Suka duka, susah senang bersama Datin Sri masih cantik

"Datin Sri, selama kita kahwin, suka duka kita lalui,
Susah senang kita tempuhi, saya amat menyanyangi kamu,
Tapi ada satu perkara asyik berputaran di benak ini
Dan selalu bertanya sendiri kadangkala bermimpi ngeri
Datin Sri berjelaslah pada malam ini,
Pernah tak Datin Sri berlaku curang denganku selama ni?"

Datin Sri terkedu sekejap dan merenung juah ke wajah suaminya,
Lalu berkata penuh kekesalan, "Ya Datuk Sri, aku mengaku
Pernah berlaku curang sebanyak tiga kali selama ini"

"Tiga kali?" Datuk Sri terkejut beruk, tapi tidak marah,
Fikirkan sudah tua dan memang berniat memaafkan isterinya,
"Bagaimana boleh terjadi tiga kali, Datin Sri?"

Perlahan isterinya membuka kisah cerita lama,
"Datuk Sri ingatkah masa kita mula-mula kahwin,
Terus beli bunglow mewah dan selang beberapa tahun,
Kita muflis hingga bunglow kita, bank hendak rampas"

"Ya, aku ingat peristiwa itu" jawab Datuk Sri.
Datin Sri menyambung cerita, "Datuk Sri pasti ingat
Saya pergi jumpa pegawai bank malam itu juga, dan
Esoknya, bank tidak jadi merampas bunglow kita,
Malah bagi tambah pinjaman Datuk Sri sambung berniaga.."

"Emmmm.. sukar aku menerima kenyataan ini,
Tapi aku maafkan kamu untuk masa depan kita jugak",
Kata Datuk Sri, " Kali kedua pulak?"

"Ingatkah Datuk Sri hampir maut sebab ketumbuhan dalam otak?"
Isterinya menyambung cerita "Ya, aku ingat" jawab Datuk Sri.
"Kalau begitu Datuk Sri pasti ingat saya pergi jumpa
Doktor pakar itu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan
Dan tidak dikenakan satu sen pun bayaran.."

"Oh Datin Sri, walau perit hati ini mendengarkan,
Tapi aku tetap maafkan kamu demi masa depan kita jugak
Dan kerana kamu sayangkan aku jugak..
Kisah ketiga macam mana pulak? ", kata Datuk Sri.
Datin Sri menundukkan wajahnya dan menjawab lemah,
" Datuk Sri, ingatkah masa merebut Ketua Bahagian UMNO
Dan perlukan undi lima orang perwakilan dari satu cawangan...."

Datuk Sri pengsan di restoran itu jugak...

21 Disember 2003
Sanggar Cempaka,
Kuantan, Pahang




























Powered by Blogger