SAJIAN PUISI ARISEL BA
Tuesday, November 11, 2003
 
TERBERAK ANAK KA’H? *)
Sajen Arisel Ba

Si Bujak Mzakir akhirnya terpikat
Dengan gadis di kampong Kuala Sat
Wajah gadis mirip Juliana Banos
Bila senyum sampai tersembur hingus

Maka Mzakir dari KL berombongan datang
Dua puluh tujuh dulang, gadis seragam menatang
Setiba pengantin lelaki, berbalas pantun
Wakil Mzakir gagal menjawab, lalu kena lantun

Bila acara akad nikah di serambi
Mzakir melafaz hampir 70 kali
Rupanya budak nakal letak katak bawah rumah
Berpeluh Mzakir, datang Arisel jampi serapah

Bila lepas bersanding, joget lambak sampai pagi
Mzakir dan si Manis masuk bilik, ahhrrgh geli!
Hampir Subuh Mzakir sakit perut nak ke sungai
Ke sungai lalu kuburan, Mzakir takut dan kecut hati

Si Manis bentang kain batek atas lantai
“ Abang Kir, tonggeng kat atas kain ni,
nanti kita bangun pagi-pagi
bawa gendong isi perut Abang ni”

Akibat letih, mentari menyinar di pucuk kelapa
Mzakir dan si Manis bergegas mau mandi manda
Cepat MakMertua masuk bilik nak periksa
Apakah masih dara anak gadis bonda

Sambil memeriksa terhidu bau
Lalu kain batek bawah katil dibuka dulu
Apa lagi Mak Mertua bagai nak rebah
Menjerit, “ Terberak Anak Ka’h..”

12 November 2003
Kuantan, Pahang

*) Loghat Ulu Pahang
Puisi ini hanya untuk gurau senda, tiada terbabit dengan sesiapa, jika ada nama tu, sekadar perencah jenaka ajer…..



 
MEMBACA RAMADAN 2
Puisi Arisel Ba

Gemersik suara anak-anak membaca al-Quran menghiasi langit Ramadan musim hujan, Kuantan, di Cenderawasih bebunga Sena menguning berserakan di depan rumahku, dan mampukan aku menyita jelaga di wajah ini, mirip seperti impian semua Muslim, rasa nyaman dan aman, tiada ancaman….

12 November 2003
Kuantan, Pahang

 
MEMBACA RAMADAN 1
Puisi Arisel Ba

Malam ini aku menyita jelaga yang setahun terpalar di wajah

11 November 2003
Kuantan, Pahang

 
HARI LEBARAN
: : buat sahabat komuniti Penyair
karya: arisel ba


hari lebaran, seawal dinihari apakala takbir awal lebaran berantakan di angkasa, aku kuburkan sejuta mimpi pedih ke dalam bajuku kerana esuk aku mula membuka jendela hidupku buat menerima igau dan mimpi yang baru sementara nafas masih bebas lepas tatkala langkah kaki semakin berat dan goyah aku melangkah mencari bayang-bayang diri yang tenggelam bersama suara alam melengking keras dari sebalik gunung peribadi melintasi pamah kasih menerjuni muara akal lalu mata batini menangkap bunyi degupan jantung sendiri yang mahu mengejar igau dan mimpi yang baru, aku memalu gong purba pada setiap kali aku mahu merentap bunyi dari halkum bumi, dan langkah seorang pencari tidak akan sesat di hujung hari lebaran...

4 Disember 2002
Kuantan, Pahang


Powered by Blogger