SAJIAN PUISI ARISEL BA
Thursday, October 02, 2003
 
LAKIBINI, LAKIBINI, LAKIBINI…..
Sajen arisel ba

Ini kisah era 60-an di Bandar Pekan
Kisah naik basikal tak ada lampu suluh jalan
Dah lah kayuh laju, bawa pembonceng pulak tu
Jadi gempar, polis trafik pun kena tipu

Di Bandar Pekan ada sebuah bank saudagar yang gadang
Ada seorang jaga, namanya Habil Singh badan pun gedang
Suatu malam dia menunggang basikal perempuan untuk pulang
Diboncengi isterinya sedang sarat mengandung anak sulung

Habil Singh tinggal di Mengkasar, dekat Bandar Pekan
Ketika dia mengayuh, terkejut ada sekatan jalanraya di depan
Dia berhenti, isterinya turun, menunggu agak lama juga
Isterinya resah, Habil Singh juga tambah terseksa jiwa

Dia suruh isterinya naik basikal duduk digandar depan
Lalu dia mengayuh pedal sekuat daya, basikal laju keracak
Bila lalu depan polis trafik yang siap sedia menahan di laluan
“Lakibini, lakibini, lakibini…..” polis trafik tersingahak

Polis trafik baru sedar Habil Singh tunggang basikal perempuan
Dia tanya rakannya, isteri Habil Singh tu duduk atas apa, relax jer!
Dari jauh Habil Singh melaung, “kita lakibini, ini kes jangan bikin”
Rakan polis trafik tercenung, isteri Singh tu duduk atas apa, relax jer…

3 Oktober 2003
Pekan, Pahang


Powered by Blogger