SAJIAN PUISI ARISEL BA
Sunday, December 15, 2002
 
AKU BACA SAJAK 1
Arisel ba


Ibu beritahu aku
tatkala mentari mula tumbuh
Dari arah perbukitan rumah
kami tumpang berteduh
Cerita silam akarnya
keluarga kami membumi

lalu aku baca sajak
sajak diri bagai perantau
sebentar singgah di sini
sebelum berangkat pulang
ke tanah asal di benua jauh

ketika ibu pergi mendahuluiku
tiada lagi cerita silam kudengar
kini aku pula mahu bercerita
dalam darah sajakku
makna jihad dan syuhadah
hanya untuk bertemu Allah

3 Februari 2002
Kuantan, Malaysia






Powered by Blogger